Wednesday, 31 August 2016

Jelajah dan Berkhemah di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang

Pantai Teluk Kampi 

Lawatan ke Taman Negara Pulau Pinang merupakan aktiviti tahan lasak yang dinanti-nantikan oleh ahli-ahli pasukan Institusi Pertahanan Awam, PISPA  sekolah saya. Walau bagaimana pun hanya 40 orang pelajar berpeluang menyertai rombongan kami memandangkan had muatan bas hanya 44 orang sahaja. Seramai 40 orang ahli Pispa dan 8 orang Jurulatih dalam sebuah bas dan sebuah kereta bertolak ke destinasi di Taman Negara Pulau Pinang  pada 20 Ogos 2016 dengan tujuan untuk menjelajah ke Pantai Kerachut dari pintu masuk utama dan berkhemah satu malam di situ. Setibanya di Pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang, kami dikejutkan dengan berita yang keinginan kami untuk berkhemah di pantai Kerachut tidak akan terjadi kerana ombak kuat di pantai kerachut sehingga sampan yang  ditempah untuk menghantar alat-alat perkhemahan , radas memasak, bahan masakan dan beg-beg kami  tidak dapat melabuh. Program lawatan kami termasuk lawatan ke Pusat Konservasi Penyu di Pantai Kerachut untuk melepaskan anak-anak penyu. Oleh itu kami mesti bermalam di Pantai Kerachut atau kawasan berdekatan. Ya, kawasan berdekatan ialah Teluk Kampi yang juga terdapat kemudahan perkhemahan dan pantai berpasir yang cantik. Mujurnya pengurus bot bersetuju menghantar barangan kami ke Teluk kampi yang tidak berombak tetapi kami mesti mendapat kebenaran daripada pihak Taman Negara. Nasib masih menyebelahi kami kerana masih terdapat ruang untuk kami berkhemah di Teluk Kampi walaupun terdapat satu kumpulan lain yang akan berkhemah di situ. 
Bersedia untuk memuatkan barangan ke dalam bot
Barangan semua ke dalam bot 

Rancangan asal ialah menjejaki rentis ke tapak perkhemahan sejauh 4.5 km di Pantai Kerancut pada pukul 11.00 pagi. Setelah pembaziran masa memikirkan pelan alternatif, masa bertolak kami telah mengalami penangguhan sebanyak 1 jam. Bukan itu saja, tambang 2 bot perjalanan ulangalik menjadi RM400 daripada RM 320 dan kos pemandu rentis dinaikkan RM 50 menjadi RM200. Semua pertambahan kos terpaksa ditanggung kerana lawatan ini telah dirancang beberapa bulan yang lalu dan melalui proses permohonan yang rumit. Oleh itu kami seramai 41 orang akan menjejaki rentis ke Teluk Kampi yang 2.0 km lebih jauh daripada jarak asal kami ke pantai kerancut dan terpaksa menaiki bukit yang amat curam. 7 orang ahli yang kurang yakin mendaki bukit terpaksa menaiki bot dan bertanggung jawab untuk mengangkat barang-barangan menaiki dan menuruni bot. 
Denai sempit tetapi senang dijejaki
Berehat untuk menangkap gambar istimewa
Berehat untuk perjalanan yang lebih jauh

Kami menggunakan jalan yang lebih singkat memandangkan kami terpaksa menaiki dan menuruni bukit ke Teluk Kampi. Perjalanan ke tapak perkhemahan amat lancar dan kebanyakan ahli mempunyai ketahanan fisikal yang baik. Hanya seorang sahaja ahli yang mengalami tarikan otot dan kami berjaya sampai di Teluk kampi setelah 2.5 jam. Setibanya di tapak perkhemahan kami pun mula mendirikan khemah dan menyediakan makanan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan bertanggung jawab untuk menyediakan makanan untuk seorang jurulatih dan diri mereka. Amat terkejut juga didapati hampir semua kumpulan dapat menghidangkan masakan yang beraneka jenis dan sedap dimakan termasuk minuman seperti teh tarik , kopi dan minuman buah-buahan.
tidak kurangnya ahli yang pandai memasak 
Khemah atas pelantar kayu

Setelah habis menikmati sarapan tengah hari pada jam 4 petang baru kami berpeluang untuk rehat 1 jam sebelum memulakan penjelajahan ke Pantai Kerachut sejauh 2.4 km yang rentisnya merupakan rentis naik dan turun bukit. Seramai 38 orang sahaja bertolak ke pantai keranchut tepat jam 5.20 petang dilengkapi lampu berbateri atau lampu suluh kerana takut kami terpaksa menjelajah dalam kegelapan sewaktu balik dari Pantai Kerachut. Tujuan kami ke Pantai Kerachut adalah untuk mengikuti program yang disediakan untuk rombongan kami oleh Pusat Konservasi Penyu iaitu lawatan ke Pusat Konservasi Penyu, taklimat tentang konservasi penyu dan melepaskan anak-anak penyu. Semasa menjelajah ke Pantai Kerachut, didapati pemandu rentis berjalan terlalu pantas mungkin kerana bimbang tidak dapat sampai pada destinasi tepat pada masanya. Ini telah menyebabkan 5 orang ahli keletihan dan kesakitan lutut. Oleh itu 5 orang ahli diiringi oleh dua orang jurulatih terpaksa berpatah balik ke tapak perkhemahan. Akhirnya hanya tertinggal 31 orang ahli dan jurulatih untuk meneruskan perjalanan ke Pantai Kerachut untuk mengikuti program melepaskan anak-anak penyu yang hanya dijalankan hampir pukul 7.00 petang. Sewaktu menjelajah balik ke tapak perkhemahan, keadaan telah menjadi gelap. Tiada masalah kerana kami datang bersedia. Perjalanan kami diterangi oleh 31 biji lampu berbateri yang menjadikan denai hutan itu seperti siang hari. Berjalan dalam hutan waktu malam memang merupakan satu pengalaman yang sukar dialami semula pada masa akan datang. Perjalanan balik ke khemah mengambil masa 1 jam sahaja tetapi kami masih tidak berpeluang untuk rehat kerana terpaksa menyediakan makanan dan menguruskan diri. Pada pukul 11.00 malam semua ahli terpaksa rehat kerana terlalu letih untuk terus berjaga dan berborak.         
Sila tandakan kehadiran kami

Bilik mandi serba moden 
Mencari harta karun di dalam pasir

Kemudahan tapak perkhemahan di Teluk Kampi adalah lebih baik daripada Pantai Kerachut dimana setiap petak khemah mempunyai pelantar setinggi setengah kaki untuk mengelakkan air memasuki khemah semasa hujan. Memandangkan cuaca malam berkhemah itu baik kami banyak tidak tidur dalam khemah tetapi di atas pelantar kosong. Cuaca amat sejuk ditiup bayu dari Selat Melaka dan tiada nyamuk sepanjang malam. Saya hanya terasa serangan nyamuk kecil sewaktu subur sehinggakan terpaksa membakar ubat nyamuk untuk meneruskan mimpi manis saya. Pelawat amat tidak disangka ke tapak perkhemahan adalah seekor landak yang berkeliaran dalam khemah seperti rumahnya sendiri. Maaf, kami mungkin merupakan pelawatnya yang tidak dijemput . Pada keesokan harinya, kami hanya berjalan-jalan di pantai Teluk Kampi yang mempunyai pantai berpasir halus yang amat bersih dan sunyi. Berkesempatan mengambil gambar matahari terbit yang bukan main cantiknya. Setelah makan sarapan pagi, ahli-ahli pun terlibat dengan permainan mencari harta karun dalam pasir dikuti dengan gotong-royong membersihkan pantai. Pada jam 10 pagi kami pun merobohkan khemah dan mengemas untuk keluar dari Teluk Kampi. Ahli-ahli yang ingin menaiki bot telah bertambah kepada 12 orang kerana tidak mampu menjelajah keluar melalui rentis hutan yang memang mencabar. Saya menaiki bot untuk memberi peluang kepada seorang jurulatih yang datang ke Teluk Kampi dengan bot. Beliau tidak berkeyakinan dengan kekuatan fisikalnya tetapi ingin merasai keperitan menjejaki rentis berhutan dara itu. Memang benar , ahli-ahli terpantas mengambil masa hanya dua jam untuk tiba di pintu masuk Taman Negara tetapi beliau mengambil masa 3 jam lebih. Pujian dan sanjungan diberi kepada beliau atas semangat berani mencuba dan tidak mengaku kalah.
Bersama jurulatih-jurulatih  rombongan 


Selesa menaiki bot pulang
Lawatan ini merupakan kali keempat saya ke Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang dan kali pertama ke Teluk Kampi. Teluk Kampi memang merupakan tempat perkhemahan yang lebih menarik kerana mempunyai pantai yang cantik, kemudahan bilik mandi, tandas dan dewan yang baru dan bersih. Lawatan ke Taman Negara Pulau Pinang memang merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan kerana berpeluang menguji ketahanan diri dan menikmati keindahan alam semulajadi disamping belajar berdikari.

Thursday, 11 August 2016

KL Standard Chartered Marathon 2016

Before the flag-off of the full marathon

I had run  two half marathons in KL Standard Chartered Marathon but never dare to register for full marathon because its cut-off time of 6 hours is out of my reach.  My PB for my 3 full marathons so far is only 6 hours 55 minutes. I do not know why the KL Standard Chartered Marathon's organizer decided to increase the cut-off time to 7 hours but it definitely is trying to attract more runners into running the full marathon . So I registered for the full marathon this time but it is no easy task as there is cut-off time for different stages of the run.
I did not practise much for the full marathon and the last time I ran 42.195km was two years ago in Penang Bridge International Marathon. I was unable to train because I have Achilles Tendonitis which just refuse to go away even until the day of KL Standard Chartered Marathon. But, I gave it a try by wearing an ankle guard but I had the thinking that I would most probably reach the finishing point by the organizer's bus. Four of us in the family took part in the marathon and I am the only one doing the full marathon. The rest were just running 10 km because they did not want to be deprived of their sleep. 
Running for 10 km together


10 km race with a poor time of 1 hour 23 minutes


The full Marathon was flagged off at 4.00am but I only crossed the starting point where my timing chip was tagged almost 6 minutes later. I took off slowly and maintained that speed enduring the slight pain from the heel. If not because of the ankle guard the pain will be more severe. When I stopped at the first water station after 5 km I felt a sudden pain at my right ankle and I decided I should not stop completely while trying to hydrate myself at water station, So I imitated the professional Kenyan runner who just slowed down and snatched a cup of water and then continued with their run. It really worked and I did not suffer much pain while trying to a get my drink at water station. I carried with me three energy bars and took a bite every 5 km but fatigue still crept into me after 16 km and I almost thought of giving out. My legs refused and kept going forward. The fatigue was due to insufficient energy input , so I took a bite of the energy bar every 4 km. After 21 km I suddenly found myself full of energy and could run a bit faster and overtook other runners. 
I took off my ankle guard after half way through as it was pressing too hard on top of leg producing unbearable pain. I also applied muscle pain relieving cream on my shoulders and legs. The burning sensation of the cream really helped me to keep going. At first I was able to run together with the 6:00 hours pacers but finally I was only able to trail behind the 7:00 hours pacers. I followed them from about 33 km mark until the finishing line. My credit went to the 7:00 hours pacers for motivating me to cross the 37 km cut-off point in time. The final two hours of the race was really a test of endurance because the sun had come out and there were few km of down-the-slope running. I could run faster and less tiring going downhill but the my toes suffered. That explained why I had swollen toes after the race.It is really a miracle that I could speed about 50 meters to the finishing line and completed my full marathon with a PB of 6 hours and 53 minutes. I felt blessed that I could complete the full marathon even though I am still having pain at my Achilles and have hardly train. The reason should be my strong desire to complete the race within 7 hours and with help of the 7:00 hours pacers that really made my mission much easier. In actual fact my strong desire and determination to succeed in this full marathon was mainly due to the motto of the marathon , that is run with a reason. My reason was to complete a 42.195 km run within 7 hours which will be my special dedication to my late father who had passed away not long ago. I could feel the pain at my toes on both legs and the top part of my right leg but I was jubilated as I had accomplished my mission.